Isnin, 7 Januari 2013

NLP PELAJAR SMT KUALA LUMPUR



     Membuka tirai 2013 dengan memberi ceramah NLP "Anda Berhak Hebat" kepada pelajar Tingkatan 5 SM Teknik Kuala Lumpur pada 4 Januari 2013. Ingatlah kejayaan milik semua insan yang berusaha dengan gigih.Tidak ada pelajar pandai dan bodoh yang hanya ada pelajar Malas dan Rajin.Masukkan keyakinan serta kepercayaan kerana kepercayaan kepada diri sendiri adalah tahap motivasi paling tinggi! Pesan Cikgu 1.Terima 2.Faham 3.Ingat dan 4 Guna!

Selamat Tahun Baru 2013


Kehidupan ini merupakan perjalanan yang singkat sebelum sampai detinasi yang kekal.Setiap langkah diuji dengan dugaan samada sedih,gembira dan sebagainya..Redha dengan ketentuanNya.Berusaha,ikhtiar dan bertawakal adalah pakaian sepanjang perjalanan.Kita diuji dengan penglihatan, pendengaran,perasaan,bau dan rasa.Namun kita mempunyai minda untuk menapis segala yang baik dan buruk berdasarkan nilai,kepercayaan yang diterima mengikut lama masa.Sesungguhnya inilah PERSEPSI yang menjana emosi yang sentiasa kita berpegang dan kita lahirkan dengan perbuatan.Kita kata kita BETUL namun ingatlah orang lain juga mempunyai persepsi yang mereka kata mereka BETUL.Terimalah hakikat kadang kita BETUL kadang kita juga TIDAK BETUL.Moga kita sentiasa berada di landasan yang BETUL.

NLP UNTUK GURU


Memberi Kursus Neuro Linguistic Programming (NLP) kepada 120 orang Guru Bimbingan Dan Kaunseling Negeri Terengganu. Program sehari diadakan pada 5 November 2012 di Kuantan Pahang. Saya rasa terharu dapat berjumpa sahabat lama iaitu saudara Osman Sulong ketika belajar di Maktab Perguruan Kuantan.Bagi saya apa yang kita belajar di universiti perlu ditambah dengan ilmu lain yang dapat membantu guru kaunseling menjalani sesi kaunseling. Anda semua hebat!