Isnin, 27 Disember 2010

Anda Berhak Hebat !







Program diadakan pada 22 Disember 2011 dan telah dihadiri oleh 71 orang peserta dari Selangor , Negeri Sembilan , melaka dan Kuala Lumpur. Program mendapat sambutan hangat.Program bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang.Peserta sesi ini begitu teruja kerana penyampaian sijil program telah disempurnakan oleh Tn. Haji Md Taib Mat,Pelopor NLP Malaysia.Atas permintaan banyak pihak,program akan diadakan lagi pada bulan Mac akan datang.Tarikh pendaftaran akan diumumkan kelak.

Tahniah MOZAC !

Seramai 89 orang pelajar mendapat 8A


Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah Melaka merupakan sekolah terbaik negeri Melaka 2010.Sekolah ini juga pernah menganjurkan Program NLP untuk semua pelajar tingkatan 3 tahun ini (2010).Program ini akan diteruskan lagi untuk pelajar tingkatan 1 2011 yang akan diadakan pada 22 januari 2011.

Khamis, 2 Disember 2010

NEURO LINGUISTIC PROGRAMMING(NLP) 23 DISEMBER 2010

SEMINAR SEHARI (ANDA BERHAK CEMERLANG)
Menggunakan kaedah NLP yang telah telah mengubah minda dan persepsi pelajar!
-malas menuju rajin
-tidak yakin menuju keyakinan yang tinggi
-letih menuju kecergasan fizikal
-tidak tahu matlamat menuju matlamat yang membara
-tidak bermaya dalam kelas menuju fokus dalam kelas.

DAFTAR SEGERA! TERHAD KEPADA 50 PESERTA SAHAJA!SEBELUM 17 DISEMBER 2010!
TARIKH: 23 DISEMBER 2010 (KHAMIS)
TEMPAT: SMV(ERT)DATO'UNDANG HJ MUHAMAD SHARIP,REMBAU

Borang boleh download di sebelah kanan homepage blog ini.

“Dengan mengikuti program NLP ini, saya dapat mencipta matlamat dengan jelas,menyusun strategi yang berkesan serta bertindak dengan penuh keyakinan dan bertawakal kepada Allah s.w.t”
Muhammad Hafizuddin b.Jasmi
11 A SPM 2010 (SMKA Pedas,Negeri Sembilan)

“Timeline dalam NLP membuatkan saya berasa kejayaan dapat digenggam dahulu sebelum peperiksaan dan ianya menyemarakkan semangat saya untuk terus berusaha sehingga berjaya”
Siti Amirah bt Zulkifle
8A SMV(ERT) Dato’Undang HjMuhamad Saharip,Rembau.NS

“Apakah yang saya mahu?”

Soalan “Apakah yang saya mahu?” merupakan satu soalan teras dalam kehidupan kita.Ia adalah asas yang menjadi pendorong kepada tindakan apa yang kita ingini. NLP merungkai jawapan ini. NLP merupakan kaedah sains dan seni kepada kecemerlangan individu. Setiap individu tidak cacat mereka adalah sempurna.
NLP adalah singkatan akronim kepada “Neuro Linguistic Programming”. ‘Neuro’ ialah perkara yang berkaitan dengan minda iaitu otak dan saraf yang terdapat dalam manusia. ‘Linguistic’ ialah mengenai penggunaan bahasa dalam komunikasi samada dalaman diri ataupun luaran. ‘Programming’ ialah pengaturcaraan atau susunan bahasa yang digunakan.
• Mengendalikan diri anda secara terbaik dalam setiap keadaan sekalipun yang sukar.
• Membalikkan masalah dan halangan kepada
Loncatan untuk kejayaan luarbiasa.
• Mempercepatkan daya pembelajaran anda
Dalam sebarang bidang yang diceburi.
• Melakukan perubahan positif kepada diri
dengan lebih ketara melalui cara berfikir, rasa danbertindak.
• Belajar tenik “modelling” untuk diri berasaskan sifat-sifat yang dimiliki oleh pencapai kejayaan yang hebat.
• Menggunakan solat sebagai sumber kekuatan dalaman dan luaran.

NLP MENJANA KECEMERLANGAN (SHAMS SEREMBAN)

Seramai 135 orang pelajar tingkatan dan 6 orang guru telah menyertai Seminar sehari.Dalam seminar ini saya telah menjalan dua terapi seorang yang hendak minum susu tetapi tidak boleh minum kerana rasa loya.Perasaan ini dari ketika pelajar tersebut berusia 4 tahun.Seorang lagi pelajar yang trauma kerana pengalaman ngeri rumahnya telah dirompak waktu pagi.Bunyi hentakkan pintu masih terngiang-ngiang ditelinganya dan mengganggu emosi beliau setiap hari.Alhamdulillah kedua-masalah ini telah dapat di atasi. "NLP telah memecahkan kotak minda kami.Kini kami yakin setiap kejayaan perlu digerakkan dari dalam diri sendiri, kejayaan adalah PILIHAN!", Anis T5.

SK TAMAN TASIK JAYA,SEREMBAN


Pengalaman yang bermakna buat saya apabila seramai 39 pelajar yang mengikuti program NLP sehari ini mendapat 5A dalam UPSR 2010 baru ini.
"NLP memberi saya keyakinan untuk mencapai 5A dalam UPSR.NLP memberi saya kesedaran bahawa saya boleh berjaya dalam setiap apa yang saya lakukan  dan saya serta rakan-rakan telah buktikan", Nur Amirah Lokman (5A UPSR 2010)

NLP SMT AMPANGAN,SEREMBAN

NLP untuk pelajar Tingkatan 5.Menggunakan kemahiran COE dan Swish Pattern. Dengan menggunakan beberapa kaedah wajah-wajah pelajar cukup ceria, cergas dan bersemangat untuk belajar apatah lagi untuk menghadapi SPM 2010."Saya sungguh teruja dan bersemangat dengan menggunakan 'time line' NLP untuk memburu cita-cita straight A+" ,Akmal T5.

Jumaat, 5 November 2010

SEMINAR NLP GURU BIMBINGAN & KAUNSELING KEBANGSAAN

Ketika sedang melakukan 'Bulatan Kecemerlangan' atau 'Circle of Excellent' kepada salah seorang peserta

Seminar telah dihadiri oleh 130 orang peserta yang terdiri daripada pengerusi MGK Negeri dan 5 orang peserta bagi setiap negeri.Peserta berpeluang untuk menggunakan NLP dalam menjalankan tugas sebagai kaunselor.
GOLDCOUSE KLANG
23 OKTOBER 2010

NLP GPK(HEM) SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DAN VOKASIONAL KEBANGSAAN

Ketika sedang memberi ceramah 'Menjana Sukses Dengan NLP' kepada 80 orang GPK HEM Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional seluruh Malaysia

4 NOVEMBER 2010