Jumaat, 17 Januari 2014

Memahami Peranan Otak Kanan Dan Otak Kiri Anda

Setiap insan dicipta Allah mempunyai otak yang terbahagi kepada 2 hemisfera iaitu dinamakan otak kanan dan otak kiri. Menurut pakar yang mengkaji Otak manusia ini kedua-dua bahagian ini mempunyai peranan masing-masing. Otak lelaki lebih besar 10% peratus daripada otak perempuan. Otak kanan berfungsi terhadap tubuh bahagian sebelah kiri manakala otak sebelah kiri pula berfungsi kepada bahagian kanan anggota badan manusia. Otak kanan lebih dominan kepada kreativiti, gambar, bunyi,warna, bentuk dan emosi manakala otak kiri lebih kepada bahasa, angka, logik, sains. Orang perempuan dikatakan menggunakan kedua-dua bahagian ini manakala lelaki banyak kepada sebelah kiri!

2014

Assalamualaikum w.m.b
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t dengan rahmat dan kasih sayangNya saya dapat lagi bertemu tahun 2014. Tahun yang penuh dengan harapan dan cita-cita untuk lebih bersemangat meluaskan ilmu NLP kepada semua pelajar,guru dan ibu bapa.Pesanan saya untuk semua rakan-rakan dan anak murid yang pernah mengikuti NLP 'practice' ilmu yang telah dipelajari. Tambahkan amal ibadat kepada ALLAH tingkatkan amalan yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W. Buatlah sunah Nabi S.A.W walaupun kecil.Umpamanya banyakkan senyuman kepada orang lain.Dengan senyuman kita dapat merapatkan perhubungan antara insan tidak mengira usia, keturunan dan agama. Dengan senyuman kita dapat menggerakkan semua hormon positif dalam minda terus ke emosi dan fisiologi badan kita.Akhirnya semua tindak tanduk dan kerja kita dapat dizahirkan dengan perbuatan yang baik.InsyaALLAH.Sekian buat kali ini.