Khamis, 6 Mac 2014

KEAZAMAN

Semua orang beranggapan bahawa keazaman dapat memberikan kita kekuatan. Sehingga kita dapat mengangkat bebanan yang tidak dapat diangkat oleh keldai atau unta!Sebenarnya keazaman adalah kegigihan dan kecekalan yang kita miliki bagi melaksanakan tugas yg kita sendiri tetapkan.Apabila kita sudah menetapkan tugas untuk diri sendiri walau sekecil manapun tugas itu, kita mesti laksanakannya sehingga selesai.Contoh,Sekiranya saya berazam 100 hari kita berjalan ke sekolah tanpa ponteng atau tidak hadir saya akan mengutip seketul batu pada setiap hari dan melemparkan batu tersebut di tepi pagar sekolah sebagai bukti kehadiran saya ke sekolah.Seandainya pada hari ketujuh saya terlupa melemparkan sebiji batu, saya tidak akan mengatakan kepada diri saya, "Tidak mengapa". Esok saya saya  akan lemparkan dua ketul batu kerana batu itu sama sahaja, sebaliknya, saya berpatah balik dan melemparkan batu itu. Saya juga tidak akan berkata seperti itu pada hari ke 20 sekiranya saya lupa dan berkata,'Semua ini sia-sia.Untuk apa saya melemparkan sebiji batu setiap hari? Campakkan sahaja segenggam batu dan selesai.' Tidak! Saya pasti tidak akan berkata dan melakukan seperti itu. Apabila saya sudah menetapkan sesuatu tugas, pasti saya akan menyelesaikan tugas itu walau apa cara sekalipun.Oleh itu saya akan membina keazaman dengan penuh berhati-hati supaya tugas saya tidak sukar dan tidak praktikal untuk saya selesaikan.